Semalam adalah hari yang sangat menduga. Tanpa disangka ada manusia yang sanggup menjatuhkanku. Tambah menyakitkan bila memo amaran tersebut dipanjangkan juga kepada orang kedua tertinggi dalam kementerian.
Tanpa bertanya, tanpa menyemak, tanpa berbincang... memo pedas hinggap di meja. Ya Allah, hanya kepada Mu aku berlindung dari manusia-manusia yang iri hati dan hasad dengki. Berilah kekuatan, kesabaran dan ketenangan kepadaku.
Padahal sebelum ini hubungan kami adalah baik. Sanggup manusia itu membawa cerita kepada orang lain yang langsung tidak layak untuk menasihatkan. Walaupun memo balasan dan penerangan telah dibuat, tetapi nasi sudah jadi bubur. Nama yang tercalar bukan boleh dibersihkan sekelip mata, hanya dengan perkataan maaf.
Itupun jika mahu meminta maaf. Jika tidak?
Berbaloikah bersengkang mata, meningggalkan anak-anak dan keluarga demi untuk menyudahkan tugasan jika ini balasan yang diterima? Berbaloikah sukarela menyiapkan tugasan orang lain, jika kelihatannya seolah-olah kerja sendiri tidak selesai? Berbaloikah bermati-matian menjaga nama baik Jabatan jika, semasa kesusahan dan kesedihan, hanya orang yang sama-sama teraniaya sahaja yang menghulurkan simpati?
Semoga kemaafan dan kebaikan adalah milik semua.