Satu kebiasaan manusia adalah jarang mencari yang tersirat di sebalik yang tersurat. Mengapa? Tiadakah masa untuk mengkaji? Tiadakah masa untuk memahami? Tiadakah masa untuk menyelidiki? Tidak semua yang tersurat itu jelas dan nyata. Masih banyak yang kabur, masih banyak yang samar-samar, masih banyak yang perlu digali.
Zaman teknologi canggih ini, maklumat disampaikan dalam berbagai-bagai bentuk. Boleh guna telefon, boleh guna sms, boleh juga guna emel. Penghantar dan penerima, kedua-duanya ada tanggung jawab untuk mengesahkan maklumat. Kedua-duanya ada tanggung jawab untuk menyemak isi kandungan maklumat. Kedua-duanya ada tanggung jawab untuk bersangka baik antara satu sama lain.
Jika permulaannya adalah baik, pastikah yang pengakhirannya juga adalah baik. Sebaliknya jika pengakhirannya buruk, adakah memang salah permulaannya?
Dengan mengubah pandangan daripada hitam kepada putih, daripada buruk kepada cantik, daripada jahat kepada baik, segala yang tersirat di sebalik yang tersurat akan amat mudah untuk dibaca, dikenalpasti dan difahami.
No comments:
Post a Comment